🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀
Pagi tadi sempat tengok ulangan halaqah tv9. Ustaz Haryanto share, dalam menasihati dan membimbing insan lain, perlu ada beberapa benda;
1) perlu tepat pada masa
ini masa bini gaduh dengan jiran, suami nasihat bini, awak tak patut buat kat dia bla bla bla.. nanti bini akan tny, awak ni suami dia ke suami saya?
sama jugak bila suami tengah marah, muka merah menyala, bini tak perlu kata apa2. itu bukan masa yang sesuai utk nasihat. biar calm down dulu.
2) penggunaan bahasa
kita nak nasihat tujuan untuk membimbing atau melembing? jika lembing, kita nak dia jatuh. jika bimbing, kita nak dia sama2 dengan kita.. jdk guna bhs sopan, lemah lembut. saya simpulkan, lembut jnji bukan sotong
3) kena dengan cara
jika nak nasihati bapa, seorang anak boleh rujuk pada ketua kampung untuk nasihati bapanya, sekian sekian, sekiranya ketua kampung tu bapa kepada bapa kita.. saya simpulkan, melalui orang yg betul.. kdg2, org tak terima nasihat org muda or bwh dari dia..
sekian, selamat beramal
🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀🎀
No comments:
Post a Comment