Thursday, 29 January 2015

Sunday, 25 January 2015

Done 3 days

Alhamdulilah

Bertambah satu baju kurung

Namun yang satu ni paling special

Buat sendiri........

=]

Saturday, 24 January 2015

Kursus menjahit baju kurung part 1

Assalamualaikum.. Moga sihat semuanya.. Kursus menjahit, dah lama menyimpan hasrat. Alhamdulilah, tercapai. Beginner menjahit la kategori aku ni.. last pegang mesin jahit pmr dulu, ambik ERT. Kat rumah pun nanti baru nak beli.. Aku daftar kursus menjahit kolej komuniti berdekatan.. Dekat tak dekat sangat la, dalam 30 minit perjalanan drive..Dekat dengan kawasan rumah kawan, ajak sekali la pergi mengisi masa lapang sementara menunggu kerja..

First day, aku bawa barang-barang jahitan yang telah dibeli bersama kawan. Antaranya ialah gunting kain, pita ukur dan pembaris. Cikgu edar nota. Mula, belajar ambil ukuran badan. Bahu, pinggang, punggung, dan seumpamanya. Pasangan tolong ambilkan ukuran dan tukar pulak kita ambilkan ukuran dia. Catatkan ukuran-ukuran yang diperlukan di nota yang diberi.

Kemudian masuk fasa membuat pola. Pola ini memudahkan nak potong kain nanti. Untuk baju kurung, ada empat pola utama yang diperlukan. 

1} Pola badan
2} Pola tangan
3} Pola pesak
4} Pola kekek

Untuk pengetahun beginner jugak, kain baju kurung tak perlukan pola. Kami diberi kertas minyak untuk membuat pola masing-masing. Siap membuat pola, potong kain. Basi kain kena ambil kira jugak. Ada bahagian perlu setengah inci, dua inci dan lain-lain. Kena alert dan catat di nota. Nanti lupa. 

Kemudian cikgu memberi tunjuk ajar membuat bahagian kain baju kurung terlebih dahulu. Kain yang telah dipotong perlu dijahit tepi terlebih dahulu. Barulah tak berbulu. 

Selesai sehari jam 9 pagi hingga 5 petang di sana. Sangat banyak benda baharu yang aku pelajari. Aku dan rakan yang tidak biasa dengan mesin dinasihatkan cikgu untuk biasakan diri dahulu. Tekan kaki tu memang laju mula-mula. Gelak akak-akak di sekitar. Kami mula menjahit agak lambat berbanding peserta lain. Nantikan sambungan =]

Thursday, 22 January 2015

New beginning

It's a new beginning for every new day

Actually it's a new beginning for every new minute

Wednesday, 21 January 2015

Tabiat

Satu tabiat waktu drive 

or even jadi co driver

or penumpang belakang

baca no plat kenderaan berdekatan

atau jadikan sesuatu makes sense

contoh 

kdt

baca: kredit

so next

daj

baca: dajjal


Tuesday, 20 January 2015

What

Hati jenis apa yang tersimpan sampai boleh maki hamun macam tu?

Kesian la hai...

Monday, 19 January 2015

Apa la jahil?

    Semua ada minat masing-masing. Bagi yang sememangnya minat pada benda bermanfaat, mendatangkan pahala, Alhamdulilah. Namun, minat atau passion pada benda lagho, ini suatu kekurangan. 

Setiap hari, terdetik di hati untuk menjadikannya lebih baik daripada semalam. Mungkin kita bersemangat untuk melihat perubahan seseorang dari jalan maksiat ke arah yang diredhai. 

Namun persoalannya, di mana hikmah? Jalan paksaan bukanlah suatu alternatif yang sesuai. Apatah lagi buat remaja yang masih mencari identiti diri mahupun orang dewasa. Pabila dirinya dicaci, adakah nasihat mampu meresap masuk di dalam akal dan lubuk hatinya? Berlembutlah. Rebut hatinya. Kenali dia. Ingat, semua orang pernah melakukan kesilapan. 


Saturday, 17 January 2015

Buku mat

aku: mak uda kenai mat lutfi? orang ada beli buku dia (aku bahasakan diri sebagai orang dengan mak uda, mak teh, dan mak mak lain yang seangkatan)

mak uda: oo. yang pi syria tu

aku: erk, bukan. tu ustaz lutfi. ni mat lutfi vlogger

mak uda: tak kenai la...

aku: tak pa. baca dulu buku dia =]


~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

raihana, anak mak uda yang berumur tiga tahun berkomunikasi denganku...

raihana: buku ni banyak gambaq (sambil jari tunjuk gambaq-gambaq yang memenuhi muka depan catatan mat lutfi)

aku: haah. Banyak gambaq

raihana lantas menyelak halaman-halaman buku tersebut

raihana: mana penanda dia?

aku: tak dak. mat lutfi tak bagi...

(raihana tanya sebab novel mak uda memang selalu ada disertakan penanda. hek)


Friday, 16 January 2015

Mut mut

Merenung hari-hari

Yang berlalu

Ada ketika hati ini remuk

Aku luah pada semut

Apakah?