Assalamualaikum.. Moga sihat semuanya.. Kursus menjahit, dah lama menyimpan hasrat. Alhamdulilah, tercapai. Beginner menjahit la kategori aku ni.. last pegang mesin jahit pmr dulu, ambik ERT. Kat rumah pun nanti baru nak beli.. Aku daftar kursus menjahit kolej komuniti berdekatan.. Dekat tak dekat sangat la, dalam 30 minit perjalanan drive..Dekat dengan kawasan rumah kawan, ajak sekali la pergi mengisi masa lapang sementara menunggu kerja..
First day, aku bawa barang-barang jahitan yang telah dibeli bersama kawan. Antaranya ialah gunting kain, pita ukur dan pembaris. Cikgu edar nota. Mula, belajar ambil ukuran badan. Bahu, pinggang, punggung, dan seumpamanya. Pasangan tolong ambilkan ukuran dan tukar pulak kita ambilkan ukuran dia. Catatkan ukuran-ukuran yang diperlukan di nota yang diberi.
Kemudian masuk fasa membuat pola. Pola ini memudahkan nak potong kain nanti. Untuk baju kurung, ada empat pola utama yang diperlukan.
1} Pola badan
2} Pola tangan
3} Pola pesak
4} Pola kekek
Untuk pengetahun beginner jugak, kain baju kurung tak perlukan pola. Kami diberi kertas minyak untuk membuat pola masing-masing. Siap membuat pola, potong kain. Basi kain kena ambil kira jugak. Ada bahagian perlu setengah inci, dua inci dan lain-lain. Kena alert dan catat di nota. Nanti lupa.
Kemudian cikgu memberi tunjuk ajar membuat bahagian kain baju kurung terlebih dahulu. Kain yang telah dipotong perlu dijahit tepi terlebih dahulu. Barulah tak berbulu.
Selesai sehari jam 9 pagi hingga 5 petang di sana. Sangat banyak benda baharu yang aku pelajari. Aku dan rakan yang tidak biasa dengan mesin dinasihatkan cikgu untuk biasakan diri dahulu. Tekan kaki tu memang laju mula-mula. Gelak akak-akak di sekitar. Kami mula menjahit agak lambat berbanding peserta lain. Nantikan sambungan =]
No comments:
Post a Comment